Saturday 26 December 2015

Hilangkan rasa loya/mual selepas makan vitamin/supplement

Assalamualaikum,

Pernah tak rasa selepas makan vitamin/supplement terasa loya dan ingin muntah,lagi-lagi jika vitamin/supplement yang berbau agak kuat. Kenapa ya boleh jadi macam tu?

Jom baca nota kaki di bawah cara pengambilan vitamin/supplement yang betul bagi mengurangkan atau mengelakkan rasa loya/mual



Cara pengambilan vitamin/supplement

  • Ambil vitamin/supplement bersama makanan (selepas makan) untuk meningkatkan tahap penyerapan vitamin/supplement tersebut. Vitamin/supplement yang larut dalam lemak (vitamin A,D,E dan K) seharusnya diambil bersama makanan yang mengandungi sedikit lemak.
  • Jika anda mengalami loya atau mual dalam masa setengah jam selepas mengambil vitamin/supplement, hal itu mungkin terjadi kerana anda makan terlalu sedikit atau perut anda tidak mendapat makanan secukupnya.
  • Pengambilan vitamin/supplement melebihi dos tidak seharusnya diambil pada masa yang sama. Untuk penyerapan vitamin/supplement yang bagus, jarakkan waktu pengambilan vitamin/supplement tersebut untuk sepanjang hari.
p/s: kalau nisa rasa mual/loya selepas makan vitamin/supplement, biasanya nisa akan makan buah-buahan atau biskut atau minum air yang berperisa seperti air oren. lepas tu dah tak rasa mual/loya lagi.


Shaklee Independent Distributer anda:
Khairunisa Zakaria
whatsapp/telegram 013 225 1756
khairunisa1407@gmail.com




~Jom kekal hidup sihat dan cantik dengan Shaklee~



Friday 20 November 2015

Atasi Anemia dengan Vitamin C


Ia berlaku apabila badan kita tidak mencukupi sel darah merah (hemoglobin).
Bagaimana ia berlaku? Hemoglobin bertanggungjawab untuk membawa sel-sel darah merah yang mengandungi oksigen dari paru-paru untuk pergi ke seluruh sel dan jaringan tubuh badan kita. Pesakit juga akan merasa cepat letih. Tanpa oksigen, tubuh badan kita tidak dapat berfungsi dengan baik.



Punca-punca terjadinya anemia :
  • Hilang darah. Boleh terjadi kemalangan atau kecederaan yang mengakibatkan kehilangan darah. Selain itu, wanita turut kehilangan darah ketika haid.
  • Kekurangan vitamin dan mineral. Ini terjadi jika anda mengamalkan diet yang tidak seimbang, low-diet iron.
  • Mengandung. Anemia juga dapat terjadi ketika anda sedang hamil kerana bayi Anda juga memerlukan oksigen untuk bertahan hidup. Oleh sebab itu, doktor akan memberikan suplemen yang kaya dengan zat besi, vitamin B12, dan folat kepada ibu yang hamil untuk mengatasi masalah anemia.
  • Proses penghasilan hemoglobin yang tidak sempurna. Kemungkinan karena penyakit atau cacat pada proses produksi.
  • Kelainan darah lainnya. Anemia juga dapat menjadi gejala dari penyakit lain seperti leukemia. Leukemia adalah kanser darah dimana sel darah putih yang berlebihan.
  • Penyakit lain. Anemia dapat disebabkan oleh penyakit seperti kekurangan hormon tiroid (hipotiroidisme) dan penyakit ginjal tahap akhir. 
  • Penyakit keluarga. Jika salah satu dari anggota keluarga Anda menderita talasemia atau anemia, maka Anda pun berisiko untuk terkena penyakit tersebut.

Antara tanda-tanda anda mengalami anemia adalah seperti :
  • Mudah letih
  • Rasa tidak bertenaga dan badan lemah
  • Sakit kepala atau pening
  • Hilang fokus
  • Jantung berdegup laju
  • Susah tidur ( insomnia )
  • Sakit-sakit sendi
  • Kulit kelihatan pucat 
  • Rasa mual dan muntah
antara makanan yang mengandungi zat besi yang tinggi

Bagaimana Vitamin C dapat membantu masalah anemia?

Salah satu fungsi Vitamin C adalah membantu tubuh menyerap dan memetabolismekan Zat Besi. Zat besi merupakan mineral yang diperlukan untuk menghasilkan hemoglobin, protein di dalam sel darah merah. Tubuh badan tidak semudah-mudahnya menyerap zat besi, namun dan selalunya hanya minimun daripada sebahagian mineral diserap daripada makanan dan supplement. Ada kajian mengatakan pengambilan 75m mg Vitamin C bersama-sama dengan makanan kaya zat-besi atau supplement zat-besi mampu membantu tubuh badan menyerap hampir atau kesemua mineral tersebut.


Shaklee Independent Distributer anda:
Khairunisa Zakaria
whatsapp/telegram 013 225 1756
khairunisa1407@gmail.com




~Jom kekal hidup sihat dan cantik dengan Shaklee~


Wednesday 11 November 2015

Happy deepavali

Salam sejahtera,

Happy deepavali buat sahabat dan kenalan yang beragama Hindu.

P/s: masih tak lewat lagi kan nak wish...hehe



Shaklee Independent Distributer anda:
Khairunisa Zakaria
whatsapp/telegram 013 225 1756
khairunisa1407@gmail.com




~Jom kekal hidup sihat dan cantik dengan Shaklee~

Monday 9 November 2015

Gerai Belangkas Mahkota di Kota Tinggi, Johor

Gerai Belangkas Mahkota di Kota Tinggi, Johor


7 November 2015

Walaupun lahir dan dibesarkan di Kota Tinggi, tak pernah pun pergi makan kat kedai ni. Ni pun sebab suami Nisa yang teringin nak makan belangkas.Dah lama nak pergi kedai makan ni, dan hari ini baru berkesempatan nak makan kat sini.
Nisa sampai dalam pukul 12.30, tapi belangkas tak siap masak lagi dan kena tunggu lagi 30 minit.

Menu macam menu nasi campur, ada ulam-ulaman, ayam goreng, ikan bakar dan lain-lain. Kebanyakanya seafood la.


Sementara tunggu belangkas masak, kita makan kupang masak merah ni, sedap jugak.

Setelah 20minit tunggu, belangkas dah siap masak. Yeay.. Asam pedas belangkas.
Tak agak-agak, amik untuk 2 orang makan. Nampak tak kaki belangkas tu. Macam seram pulak nak makan. Hahaha

Kami makan dengan nasi putih dan sayur sikit.
Masa kecik-kecik dulu pernah makan belangkas ni, tapi lupa rasanya macam mana. Jadi rasa cuak-cuak gitu masa nak rasa. Haha

Rasa belangkas ni macam makan ketam sikit, tapi kena lebih berusaha lebih nak korek-korek isinya. Telur belangkas macam telur ikan, terletak kat cengkerangnya. Sedap, kenyal-kenyal rasanya.

Hmm..tak de la teruk rasa belangkas ni. Not bad.

Total kami makan semuanya, RM30 termasuk air, nasi , belangkas dan lauk-pauk.
Harga belangkas pula untuk seorang makan cuma RM8. Okay la kan harganya ni.

Jadi pada sesiapa yang datang Kota Tinggi jangan lupa ya cuba makan belangkas di Gerai Belangkas Mahkota.

P/s: pada sesiapa yang alergic seafood tak digalakkan ye. Suami nisa gatal-gatal mata, tekak dan hidung selepas makan belangkas. Mata pun bengkak. Selalu bila makan udang je jadi macam ni.
                   
#jalanjalancarimakan

Khairunisa Zakaria

Wednesday 4 November 2015

Kaitan Resdung Dan Migrain

Sesetengah orang yang menghidap migrain turut mempunyai simptom yang sama seperti resdung misalnya hidung tersumbat atau mata berair.
Satu kajian dijalankan mendapati, 90% orag yang mengadu sakit kepala resdung, turut menghidapi migrain. Kajian ini telah diasaskan oleh Glaxo Smith Kline, syarikat yang menghasilkan ubat migrain. Oleh itu berwaspadalah jika anda kerap merasa sakit kepala ketika resdung menyerang. Ia mungkin petanda migrain.

Migrain memang sukar untuk pulih. Namun dengan mengenal pasti dan mengelakkan pencetus migrain dalam keadaan tertentu, anda boleh mengurangakn penderitaan akibat migrain. Jom amalkan 9 langkah pencegahan ini yang mungkin boleh membantu anda.


9 Langkah  Cegah Migrain


Simpan diari sakit kepala

Ia boleh membantu anda dan doktor memantau keberkesanan rawatan. Pesakit dapat mengkaji rekod tentang perkara yang dilakukan, makanan yang dimakan dan perkara-perkara yang berlaku dalam tempoh 24 jam sebelum bermulanya migrain. Ia juga boleh mengajar tentang pencetus migrain anda.

Kawal pendedahan terhadap ransangan

Cahaya terang atau berkelip-kelip kadang-kadang boleh menyebabkan migrain. Pakai cermin mata hitam pada hari-hari cerah atau musim sejuk walaupun terang. Contohnya ketika terdapat silau dari salji, air dan bangunan yang boleh mencetuskan tindak balas migrain.

Cermin mata hitam perlu mengandungi kanta kualiti yang baik dengan panel sisi. Sesetengah pesakit migrain mendapati bahawa kanta berwarna biru atau hijau boleh membantu. Rehatkan mata secara berkala apabila menonton televisyen atau ketika menggunakan komputer. Laraskan kecerahan dan tahap kontras pada skrin komputer dan televisyen. Kurangkan pantulan dari skrin dengan menapis dan menurunkan tirai atau langsir apabila matahari mulai terik. Ransangan bukan visual seperti aroma yang kuat perlu dielakkan.

Beri perhatian kepada pemilihan makanan

Ambil tahu tentang makanan, bahan tambahan yang boleh menyebabkan sakit kepala atau elakkan daripada makan makanan tersebut. Makanan dan minuman dengan kafein atau alkohol adalah pencetus biasa. Oleh itu, hadkan jumlah pengambilan kafein anda sepanjang hari. Amalkan diet yang seimbang, makan lebih buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan protein yang berkualiti. Makan banyak sayur-sayuran hijau gelap seperti brokoli dan bayam, serta telur, yogurt dan susu rendah lemak. Makanan seperti ini mengandungi vitamin B yang dapat membantu mencegah migrain.

Makanan yang kaya dengan magnesium membantu melegakan saluran darah dan memastikan fungsi sel dengan betul. Ia termasuklah kacang (terutamanya badam), cashews, biji-bijian, germa gandum, kacang soya dan pelbagai sayur-sayuran.

Minyak ikan juga boleh mencegah migrain. Makanlah minyak ikan 3 kali seminggu untuk meningkatkan Omega 3 dan asid lemak dalam tubuh.

Jangan melangkau waktu makan, terutamanya sarapan. Rasa lapar boleh menyebabkan migrain. Makan sedikit dan lebih kerap untuk mengelakan perubahan ketara gula dalam darah. Minum banyak air putih.

Hormon memainkan peranan besar dalam migrain

Ramai wanita cenderung untuk mengalami sakit kepala migrain ketika haid. Pada masa ini, wanita perlu berhati-hati dengan diet dan rutin senaman mereka. Pil perancang juga boleh meningkatkan kekerapan dan kesakitan migrain yang dialami.

Tidur pada waktu yang tetap

Tidur yang terlalu sedikit atau terlalu banyak turut dikaitkan sebagai pencetus migrain. Selain daripada memastikan anda mendapat tidur yang cukup, sebaik-baiknya rancanglah jadual tidur dan bangunlah secara tetap. Gangguan kepada rutin jadual tidur bakal mencetuskan sakit kepala atau migrain.

Ambil ubat-ubatan

Walaupun migrain boleh datang dengan atau tanpa ubat, adalah sangat penting untuk mendapatkan nutrien yang mencukupi. Pengambilan herba dan mineral tertentu dapat membantu mengurangkan migrain. Kekurangan Magnesium telah terbukti menyumbang kepada tercetusnya migrain.

Beri perhatian kepada laporan cuaca

Perubahan cuaca boleh mempengaruhi migrain anda. Kelembapan dan suhu yang panas boleh merangsang sakit kepala. Jadi adalah penting untuk mengetahui keadaan persekitaran. Jika cuaca boleh mencetus migrain anda, anda mungkin perlu berehat dirumah daripada melakukan aktiviti di luar.

Elakkan tekanan

Walaupun kita tidak boleh sentiasa mengawal tekanan, namun kita boleh mengawal bagaimana kita mengatasinya. Migrain adalah hasil biasa kejadiaan tekanan. Teknik relaksasi seperti meditasi, yoga dan biofeedback  boleh membantu mengurangkan tahap tekanan, menenangkan badan dan fikiran.

Senaman dan lain-lain

Ada yang mengatakan bahawa senaman secara tetap, akupuntur, urutan dan rawatan kiropraktik dapat membantu mengawal migrain.


Apa-apa pun, amalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat supaya badan kita sentiasa sihat dan kehidupan kita lebih sempurna.

Shaklee Independent Distributer anda:
Khairunisa Zakaria
whatsapp/telegram 013 225 1756
khairunisa1407@gmail.com




~Jom kekal hidup sihat dan cantik dengan Shaklee~




Wednesday 21 October 2015

Menyusu boleh kuruskan badan?

Saya menyusukan anak sepenuh masa. Keadaan ini membuatkan saya cepat dahaga dan lapar. Adakah ini akan menambah berat badan saya? Adakah menyusu juga boleh membantu saya menguruskan badan, walaupun tidak bersenam?

Ya. Fenomena ini memang biasa untuk ibu yang menyusukan anak. Anak cepat lapar dan dahaga sebab air dan bany ak kalori diperlukan untuk membuat susu badan. Asalkan anda mengamalkan pemakanan seimbang (rendah lemak dan tinggi serat) disamping menyusukan anak, ia boleh membantu menguruskan badan anda.

Anda akan membakar 85kcal untuk setiap 100ml susu badan dihasilkan. Untuk 6 bulan pertama, purata susu yang dihasilkan untuk sehari adalah 750ml. Jadi, 650kcal akan dibakar dengan hanya menyusukan susu badan. 650kcal yang dibakar ini bersamaan dengan naik tangga berterusan selama 90 minit! Wow! Maka marilah kita berusaha menyusukan anak kita. Baru cepat kurus :)


Shaklee Independent Distributer anda:
Khairunisa Zakaria
whatsapp/telegram 013 225 1756
khairunisa1407@gmail.com





~Jom kekal hidup sihat dan cantik dengan Shaklee~

Thursday 15 October 2015

Salam Ma'al Hijrah 1437H

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dah 2 Muharram 1437H hari ini.
Masih tak terlambat untuk Nisa ucapkan Salam Ma'al Hijrah 1437H.

Semoga dengan permulaan tahun baru Hijrah ini, kita dapat menjadi seseorang yang lebih baik untuk hari ini dan hari-hari seterusnya.

Sentiasa menyampaikan kebaikan, sesungguhnya tiada yang rugi bagi mereka yang sentiasa menyampaikan kebaikan.





Wednesday 14 October 2015

Cop-cop cap jari aktiviti anak-anak yang menyeronokkan

Assalamualaikum..

Bagi ibu-ibu surirumah kadang-kadang tak ada idea untuk buat aktiviti bersama anak kan.

Apa kata anda cuba aktiviti ini,

Bahan-bahan yang diperlukan,
1- Stamp pad ( nisa beli kat Daiso, RM5.30, included GST)
2- kertas
3- pen/marker

Mula-mula ambil sehelai kertas dan lakarkan apa saja. Nisa lukis batang pokok. Boleh juga kalau anda nak lukis muka orang ke dan lain-lain. Ikut kreativiti masing-masing.


Kemudian, tekan kan jari pada stamp pad dan stamp jari pada kertas yang ada lakaran pokok tadi (yang cap jari besar2 tu, mak nya yang buat. Biasalah mak lagi excited daripada anak). Bila dah buat banyak-banyak, jadi lah pokok yang berdaun warna warni. Ala-ala musim luruh warnanya. Cantik tak?Dah boleh frame kan.


Selain menyeronokkan, anak-anak pun boleh kenal warna. Art skill anak-anak pun boleh diasah.



Wednesday 9 September 2015

Masalah rambut gugur dan kelemumur? Sekarang tidak lagi..

Assalamualaikum, salam sejahtera..

Lama tak share cerita kat blog, hari ini Nisa tergerak hati nak share yang rambut nisa dah tak gugur sangat dan kelemumur pun dah hilang.

Masa mengandung rasa macam cantik je (hihi..perasan sendiri),rambut rasa macam lebat je. Kulit muka pun rasa glowing-glowing gitu, jerawat pun tak ada. Happy tak terkata masa tu.
Tapi lepas je bersalin, mula la jerawat hinggap di muka, rambut pula semakin nipis. Itu lah pengorbanan seorang ibu. Tapi masalah yang paling kritikal Nisa hadapi adalah keguguran rambut yang sangat banyak.

Oleh kerana Nisa adalah ahli seumur hidup Shaklee , maka dengan itu, Nisa pun mencari ikhtiar mengurangkan kadar keguguran rambut dengan produk Shaklee. Why not, produk Shaklee kan " Always WORKS, Always SAFE and Always GREEN".

Nisa amalkan ESP,  Zinc Complex dan juga ProSante Revitalizing Shampoo dan ProSante Lightweight Conditioner.

Ternyata ianya berkesan selepas penggunaan yang teratur dan konsisten selama 2 bulan, kini rambut Nisa dah kurang gugur. Rambut pun mula tumbuh dan kembali lebat. Ya Allah, syukur sangat-sangat. Alhamdullilah.



Set Rambut Sihat Shaklee terdiri daripada :
  • Energy Soy Protein (ESP)
    •  Membekalkan sumber protein untuk pertumbuhan rambut yang sihat dan kuat
  • Zinc Complex
    •  Menguatkan rambut dari akarnya
  • ProSante Revitalizing Shampoo
    •  Membersihan ,menguatkan dan menyegarkan rambut dan kulit kepala.
  • ProSante Lightweight Conditioner
    •  Memberikan volum rambut, disamping rambut bebas kusut dan mudah diurus. Bersifat ringan.
Sebagai tambahan juga anda boleh mengambil:

  • Shaklee Collagen Powder -  anda boleh mencuba collagen powder yang sememangnya berkesan mengatasi masalah rambut gugur malah rambut akan lebih sihat bersinar dan kuat. Kulit dan kuku anda juga akan menjadi lebih cantik.

Shaklee Independent Distributer anda:
Khairunisa Zakaria
whatsapp/telegram 013 225 1756
khairunisa1407@gmail.com



~Jom kekal hidup sihat dan cantik dengan Shaklee~

Thursday 13 August 2015

Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate yang super awesome

Membersihkan rumah kini lebih mudah dengan Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate secara alami dan semulajadi tanpa racun.

Kaedah Mencuci Secara Semula Jadi Tanpa Racun
Setiap botol Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate (473ml) dengan kepekatan berganda ini sungguh selamat digunakan dan dilengkapi kuasa pembersihan yang tinggi untuk menanggalkan kotoran dan minyak dalam sekelip mata. Basic H² berkesan untuk membersihkan tumpahan susu, mengelap tingkap, menyental kotoran pada gril, dan1001 kegunaan lagi. Cubalah sendiri dan lihat betapa kagumnya anda!

credit picture : news.com.au

Hanya Satu Pencuci Untuk Ribuan Kerja Rumah
  • Ultra-pekat: 16 auns boleh dicairkan menjadi 48 gelen pencuci berkuasa tinggi.
  • Pencuci serba guna: menanggalkan kotoran, gris dan minyak daripada sebarang permukaan yang boleh dicuci, di dalam dan di luar rumah.
  • Mencuci kotoran berminyak dan gris yang paling degil, tanpa meninggalkan kesan comot.
  • Dua kali lebih pekat berbanding rumusan Basic H² asal – hanya gunakan separuh sahaja.
  • Tidak perlu dibilas, tidak meninggalkan sebarang sisa sabun atau kesan palitan.
Gunakan Pada Sebarang Permukaan Yang Boleh Dicuci – Di Dalam atau Di Luar Rumah
  • Dinding, tingkap dan cermin
  • Kaunter dapur, jubin dan lantai
  • Peralatan
  • Dapur
  • Hiasan kayu
  • Periuk belanga
  • Perabot (Jangan gunakan dalam akuarium atau tangki air pengelap cermin kereta)
Cara Penggunaan Untuk Hasil Terbaik

Dapur, peralatan, perabot, hiasan kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
  • 1⁄4 sudu teh + 16 oz. air dalam Penyembur Get Clean
Periuk belanga
  • 1⁄2 sudu teh + 1 gelen air suam
Tingkap dan cermin
  • 1-2 titis + 16 oz. air dalam Penyembur Get Clean
Lantai
  • 1 sudu besar + 1 gelen air
Kain benang biri-biri, nilon, fabrik berkualiti tinggi
  • 1⁄2 sudu teh dalam satu besen air suam
Tahukah Anda?
  • Kebanyakan pencuci serba guna mengandungi toksin yang boleh disedut atau diserap melalui kulit.
  • Pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon.
  • Pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan toksin saraf dan boleh merengsakan hidung.
  • Morpholine, sejenis toksin berbahaya, boleh mengakibatkan kerosakan hati atau buah pinggang.
  • Pencuci kaca mengandungi ammonia, sejenis racun yang boleh merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.
Basic H2 Tidak Mengandungi Bahan-Bahan Ini Mahupun Bahan Berbahaya Yang LainKeunikan Shaklee

Selamat
  • Tidak toksik
  • Tiada gas beracun
  • Tiada bahan kimia berbahaya
  • Tanpa pewangi
  • Lembut pada tangan anda
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
Berkesan
  • Amat berkesan menanggalkan minyak. Ultra-pekat: 16 oz. Boleh dicairkan menjadi 48 gelen.
Mesra Alam
  • Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
  • Mudah biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan
Hanya berharga RM 46 (WM)/RM 49 (EM)
Ia nya tahan berbulan-bulan kerana penggunaannya yang sedikit sudah mencukupi untuk membersihkan rumah anda.
Tiada lagi masalah bagi kulit yang sensitif kerana ianya selamat dan semula jadi.

Jom Go Green dengan Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate.
 
Shaklee Independent Distributer anda:
Khairunisa Zakaria
whatsapp/telegram 013 225 1756
khairunisa1407@gmail.com


~Jom kekal hidup sihat dan cantik dengan Shaklee~

 

Friday 19 June 2015

Kekal sihat bertenaga semasa bulan Ramadhan


Asslamualaikum

Alhamdulillah hari ini dapat sehari kita berpuasa di bulan Ramadhan. Macam mana puasa anda hari ini, rasa letih tak?
Nisa, alhamdullilah rasa bertenaga walaupun banyak kerja,uruskan anak-anak , menyusukan anak dan uruskan hal ehwal rumah tangga.

Haa.. nak tahu tak rahsia Nisa kekal bertenaga sepanjang seharian berpuasa ni..
Rahsia nye, Nisa amalkan pemakanan sunnah, pengambilan buah kurma dan juga pengambilan supplement Shaklee.

Selain makan B Complex Shaklee, Vita-Lea Shaklee dan juga Vita C Shaklee, Pengambilan Mighty 3 Gems Set (ESP, Meal Shake dan juga Performance Drink) semasa bersahur amat membantu memberi anda tenaga dan mengekalkan kecedarsan badan anda walaupun seharian berpuasa. Bagi ibu yang menyusukan anak pula , InsyaAllah susu badan anda akan mencukupi untuk anak walaupun berpuasa.

Semasa berbuka pula, cuba amalkan minum Performance Drink Shaklee, ia dapat memberi kesegaran segera setelah badan kita terhidrat semasa seharian berpuasa. Bila badan rasa segar, nak beribadah bertarawikh pun tiada masalah. Betul tak? Athlet antarabangsa pun minum Performance Drink Shaklee tau. Rasa buah orennya, pasti anda sukakan nya.

Mighty 3 Gems Set

ESP 
  • Membekalkan protein untuk badan  dan memberi tenaga sepanjang hari berpuasa.

Meal Shake
  • Membekalkan nutrien lengkap untuk menyokong badan sepanjang hari berpuasa.

Performance Drink
  • Mengelakkan kehilangan air dalam badan dengan pantas.
  • Mengekalkan paras glukos dalam badan untuk elakkan keletihan.

Anda pun nak rasa bertenaga walaupun berpuasa,
hubungi Nisa ye...Nisa akan tolong anda :)

Shaklee Independent Distributer anda:
Khairunisa Zakaria
whatsapp/telegram 013 225 1756
khairunisa1407@gmail.com


~Jom kekal hidup sihat dan cantik dengan Shaklee~

Tuesday 16 June 2015

Tips penyusuan ketika berpuasa

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, tinggal beberapa hari sahaja kita dah nak masuk 1 Ramadhan ,bulan yang penuh barakah dimana kita perlu menahan lapar dan dahaga. Selain itu, hawa nafsu kita juga perlu dijaga.

Buat Ibu-ibu yang hamil dan menyusukan anak pasti berasa gusar, mampukah bertahan sehingga waktu berbuka. Jadi Nisa ingin kongsikan, 

Tips berpuasa bagi ibu-ibu yang hamil dan juga untuk ibu yang menyusukan anak.

  1. Niat. Niatkan diri kita mampu untuk berpuasa walaupun masih menyusukan anak ataupun sedang hamil.
  2. Bersahur. Ia nya penting untuk membekalkan badan kita tenaga untuk persiapan berpuasa esok harinya.
  3. Minum air banyak. Minum air dari waktu berbuka hingga waktu bersahur. Cuba minum segelas air utuk setiap jam.
  4. Makan banyak kurma. Berbuka dengan 3 biji kurma. Kurma dapat memberi tenaga dengan segera, jadi kita akan berasa segar bertenaga selepas seharian berpuasa. Setiap kali bangun malam menyusukan anak, cuba makan 2-3 biji kurma.
  5. Power pumping dan jangan skip waktu mengepam. Bagi ibu yang menyusukan anak, buat power pumping selama sejam sekurang-kurangnya seminggu sekali diantara pukul 11pm-5am. 
  6. Elakkan makanan yang bergoreng,pedas dan berempah ketika bersahur dan berbuka, ini kerana badan memerlukan banyak air untuk memproses makanan tersebut.
  7. Kurangkan aktiviti diluar, lebih-lebih lagi ketika cuaca panas. hal ini dapat mengelakkan badan lebih cepat terhidrat dan berasa letih.
Semoga entri kali ini bermanfaat buat semua.
Selamat berpuasa :)



kredit foto : www.gayahidupku.com

khairunisa zakaria
your trusted SID

Sunday 8 March 2015

Hari Wanita Sedunia

Assalamualaikum, salam ceria.

Hari ini 8 Mac , jadi Nisa nak ucapkan 'Selamat Hari Wanita' untuk semua wanita-wanita kat dunia ini :)


Semoga kita boleh menjadi wanita yang 'super power' dalam menangani segala rintangan yang mendatang.


khairunisa zakaria
your trusted proSid 960671


Saturday 7 March 2015

Petua Kurangkan Keguguran Rambut dan hilangkan kelemumur

Assalamualaikum semua, salam ceria

Sebelum ni Nisa ada cerita pasal masalah keguguran rambut selepas bersalin kan.
Jadi kali ini Nisa nak kongsikan rawatan untuk masalah keguguran rambut ini.

Ada macam-macam rawatan untuk merawat masalah ini, salah satunya adalah petua-petua dari nenek moyang kita,
tak salah kalau kita nak mencubanya kan. Jom kita cuba amalkannya, mana tau rambut kita boleh kembali lebat cantik dan menawan.


Petua  1
Pertama sekali selalulah menyapukan perahan air limau nipis untuk menghilangkan kelemumur selama 2 minggu. Kelemumur juga boleh menyebabkan keguguran rambut. Kemudiannya anda memerlukan santan untuk menyuburkan rambut.

Petua  2
Santan perlu dilumurkan keseluruhan rambut hingga kekulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Tidak perlu terburu-buru untuk membasuhnya perapkan dengan tuala untuk setengah jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam. 
Petua  3
Bagi anda yang rajin selepas rawatan menyuburkan rambut gunalah daun lidah buaya untuk mendapatkan rambut yang lebih cantik lagi menawan. Caranya ambil lendir daun lidah buaya tu dan sapukan kepada rambut hingga kekulit kepala. InsyaAllah dalam masa 2 bulan rambut anda tidak akan gugur malah semakin cantik dan sihat.

Petua 4
Dengan menggunakan kulit tembikai (bahagian dalam), gosokkannya pada kulit kepala anda.Kemudian biarkan ia meresap ke kulit kepala anda. Tunggu dalam 15 ke 30 minit dan cucilah sampai bersih.
Kalau anda nak biarkannya semalaman pun boleh. Buat sebelum masuk tidur dan keesokannya baru cuci. Gunakan shower cap atau balut dengan kain supaya tak meleleh kat bantal. Amalkan petua ni hanya sekali dalam seminggu.

Petua 5
Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.

Petua 6
Sapukan minyak kelapa dara ke kulit kepala kemudian balutkan dengan kain dan biarkan untuk 30 minit. Selepas itu bilas sehingga bersih. Minyak kelapa dara berfungsi seperti rawatan 'hot oil'. Selain itu, minyak kelapa dapat mengembalikan rambut yang lebat, hitam dan menawan. Kelemumur pun boleh hilang juga.




Rajin-rajin ye amalkan petua di atas, baru lah nampak keberkesanannya :)







Tuesday 3 March 2015

makanan penggalak susu badan, susu badan meriah

Assalamualaikum, salam ceria.

Setiap ibu yang menyusukan anak pasti mencari-cari "milk booster" supaya susu sentiasa ada dan cukup untuk anak.

Hari ini Nisa nak kongsi makanan yang mampu menjadi penambah susu badan untuk ibu semua.

Antara makanan yang terkenal sebagai agen penggalak susu ialah :

Kacang soya
Susu kacang soya merupakan minuman yang terbaik yang banyak membantu anda menambah susu ibu. Seelok-eloknya jika susu soya yang anda hasilkan sendiri, yang bebas daripada bahan pengawet.
Tempe dan tahu juga dibuat daripada kacang soya. 
kacang soya
lobak putih

Lobak
Lobak merah atau lobak putih terutamanya memang diyakini dapat meningkatkan penghasilan susu ibu. Enak jika dibuat sup atau dijadikan hidangan salad untuk menu harian anda.
halba 

Halba atau dikenali sebagai fenugreek
Sejenis rempah yang biasanya digunakan dalam masakan kari ternyata banyak khasiatnya. Anda boleh memakanya begitu sahaja atau rendamkannya di dalam air panas selama 10-15minit, kemudian diminum airnya. Insyaallah pengeluaran susu akan meningkat.
bawang putih

Bawang putih
Bawang putih kaya dengan sulfur dan ianya bagus juga untuk sendi. Selain itu juga ia dapat membantu dalam penghasilan susu ibu.

Kurma
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat dalam kurma adalah unsur yang paling tinggi dalm penghasilan susu ibu. Ianya enak dimakan begitu saja, seeloknya di ambil dalam jumlah yang ganjil contoh 3 biji,7 biji dan selawat.
Selain menambah susu ibu, kurma juga dapat memberikan tenaga segera kepada ibu.
kurma 
Longan kering
Longan kering direbus bersana kurma kering, kismis atau barli. Boleh dibuat minuman harian dan lebih sedap jika dimasukkan sedikit gula merah.

longan kering
Produk tenusu
Susu lembu atau sebaiknya susu kambing dan cheese juga dapat meningkatkan penghasilan susu ibu. Ia juga dapat memenuhi keperluan kalsium ibu yang menyusukan anak, ibu hamil n ibu yang menyusukan anak memerlukan kalsium lebih daripada orang biasa.

produk tenusu

Makanan penggalak susu mungkin tidak berkesan terhadap semua ibu. Ia bergantung kepada kesesuaian badan individu terhadap makanan yang diambil. Kita kena 'try and error' untuk tengok kesesuaian makan 'milk booster' ini. 
Nisa nak ingatkan bahawa penghasilan susu berdasarkan 'demand and supply', semakin kerap kita menyusukan atau pump susu, semakin banyak lah susu yang dihasilkan. Jangan malas-malas tau nak pump susu.


Monday 2 March 2015

Makanan tambahan yang terbaik untuk anak-anak

 Assalamualaikum dan Salam ceria semua,

Mesti kalian runsing bila anak-anak dah pandai memilih makanan. Sayur tak nak, nasi tak nak, makanan ringan dan fast food menjadi pilihan mereka.




Macam mana nak lengkapkan keperluan nutrisi anak-anak.

Jangan risau, sekarang Vita Lea for Children Shaklee dah kembali.
InsyaAllah segala nutrisi yang tak cukup, dapat dicukupkan dengan pengambilan supplement ini.
(walaubagaimanapun, pengambilan makanan yang seimbang diperlukan, supplement hanya makanan tambahan)

Jom tengok apa kelebihan Vita Lea for Children ni,
.
.
FUNGSI & KEBAIKAN VITA LEA FOR KIDS






  • Vitamin A - untuk baiki tisu dan tulang, juga menyihatkan mata dan kulit
  • Vitamin C - buat otot, kulit, tisu penyambung sihat dan kuat 
  • Vitamin D - kuatkan tulang dan gigi, bantu menyerap kalcium dengan baik 
  • Niacin - anak bertenaga 
  • Vitamin B 6 - anak jadi pintar dan berkebolehan berfikir dengan baik 
  • Vitamin E - elak sel dan tisu badan dari rosak, sihatkan sel darah merah 
  • Biotin - suburkan rambut dan kuku, rambut anak banyak dan cantik, kuku pun kuat 
  • Folate - galakkan pertumbuhan sel yang sihat 
  • Zinc - tingkatkan sistem imuniti, anak tak mudah kena sakit, kalau sakit pun lekas baik 
  • Iron - membina otot yang sihat, kalau kurang mungkin membantutkan proses 'baligh' anak 
  • Vitamin B12 - untuk sistem saraf yang sihat 
  • Riboflavin - baik untuk penglihatan yang baik 
  • Kalsium - membina tulang yang kuat 
  • Thiamin B1 - anak bertenaga dan tak mudah letih 
  • Iodin - otak cergas, kurang iodin menyebabkan IQ anak rendah 
  • Pantontenic Acid B5 - hasilkan sel darah merah yang baik 
  • Magnesium - diperlukan oleh hampir semua sel dalam badan, jika anak ada tanda ADHD atau autism kemungkinan

BAU & RASA ANGGUR PASTI ANAK-ANAK PASTI SUKANYA <3

Untuk Bulan March ni Vitalea For Children ada promosi.
BUY 3 FREE 1
Sangat berbaloi-baloi :)

khairunisa zakaria
sid :960671
email : khairunisa1407@gmail.com
sms/whatsapp : 013-2251756

Wednesday 21 January 2015

Punca keguguran rambut selepas bersalin

Asaalamualaikum semua.
Sejak kebelakangan ini, masalah keguguran rambut Nisa semakin teruk. Orang-orang tua kata, kalau anak kecil kita (berusia 3-4 bulan) main-main air liur nanti rambut si ibu akan mula berguguran. Risau juga bila shampoo, sikat nampak banyak sangat rambut yang gugur. Jadi Nisa pun meng'goggle' untuk tahu kenapa rambut Nisa gugur dan Nisa nak kongsikan dengan kalian semua.



Masalah rambut bukan sekadar dialami oleh orang yang tua, tetapi juga turut dialami golongan muda, lebih-lebih lagi wanita berstatus ibu. Bagi wanita lepas bersalin masalah keguguran rambut kerap dialami. Berikut adalah punca  keguguran rambut selepas bersalin, antaranya:
 

 
Perubahan hormon
Sepanjang tempoh kehamilan, hormon progesteron dan estrogen pada wanita hamil sangat tinggi.  Kedua-dua hormon ini menyebabkan pertumbuhan rambut terhenti dalam fasa anagen atau lebih dikenali sebagai fasa pertumbuhan.  Sebab itu, wanita hamil kelihatan lebih berseri-seri dan nampak cantik.  Rambut mereka kelihatan berkilat dan bersinar-sinar.
 
Tetapi, selepas bersalin iaitu sekitar usia bayi tiga hingga empat bulan, kesemua hormon akan kembali normal dan pada waktu ini, ibu-ibu akan mengalami semula masalah keguguran rambut.
 
Disebabkan sepanjang tempoh kehamilan tidak banyak rambut gugur, kali ini keguguran rambut berlaku dengan lebih banyak.  Rambut yang gugur berterusan menyebabkan ia tidak sempat tumbuh dan memanjang.  Akibatnya, rambut kelihatan semakin menipis dan jarang.
 
 

Tekanan
Selepas bersalin, wanita menjadi ibu sibuk menguruskan keperluan keluarga dan bayi yang baru lahir.  Lebih memburukkan keadaan apabila si ibu juga perlu bekerja.
 
Menghadapi pelbagai tekanan dalam mengendalikan kesemua tugas-tugas ini membatasi masa untuk ibu menjaga kesihatan dan kebersihan rambutnya.
 
Jika tidak diberi perhatian, masalah keguguran rambut yang dialami setiap ibu selepas melahirkan akan menjadi semakin teruk. Namun, dalam tempoh setahun itu sekiranya ia tidak dirawat dengan segera, masalah tersebut akan menjadi semakin serius sehingga akhirnya boleh menjadi keguguran rambut jenis wanita (female pattern baldness).  Masalah rambut ini adalah jenis kekal dan sukar untuk ditangani.
 
 

 
Berusia dan memiliki ramai anak
Ibu yang semakin berusia dan telah mengandung lebih dari tiga kali berisiko lebih tinggi berbanding ibu muda atau yang memiliki bilangan anak yang sedikit.  Masalah menjadi lebih rumit apabila ibu yang memiliki bilangan anak yang ramai serta tidak menjaga kebersihan rambut mereka akan menyebabkan rambut gugur dengan lebih banyak.
 
Malah, semakin ibu berusia bermula pula masalah puncak kepala (crowning area) semakin menipis.  Ia bermula daripada bahagian tengah dan merebak ke bahagian tepi.  Sebab itu boleh dilihat pada kebanyakan orang tua, wanita terutamanya, rambut di bahagian tengah kepala amat nipis dan sedikit sehingga boleh dilihat kulit kepalanya. Ia berlaku bukanlah disebabkan masalah hormon semata-mata tetapi juga disebabkan penjagaan rambut selepas bersalin yang tidak betul.
 
 

Pola pemakanan tidak sihat
Selain itu, amalan pemakanan yang tidak sesuai boleh menyebabkan masalah keguguran rambut menjadi semakin serius.  Seperti yang diketahui, kebanyakan ibu-ibu selepas bersalin mengawal pemakanan agar dapat mengembalikan semula bentuk tubuh langsing seperti sebelum hamil.  Hal ini sebenarnya boleh menyebabkan mereka banyak kekurangan nutrisi yang amat diperlukan oleh tubuh.
 
Berbanding lelaki, proses penuaan wanita berlaku dengan lebih cepat. Sebab itu, kulit kepala juga akan menjadi tua dengan lebih cepat berbanding lelaki.  Masalah penuaan ini menyebabkan liang-liang rambut menjadi kosong.  Liang-liang rambut yang kosong ini jika dibiarkan dan tidak diaktifkan bagi pertumbuhan rambut baru, ia akan tertutup dan terbenam.
 
Kalangan lelaki, mereka yang mengalami masalah rambut sekiranya tidak dirawat dalam tempoh 10 tahun sekalipun keadaan rambut mereka masih sama.  Bezanya wanita, tempoh dua hingga tiga tahun sudah cukup membuatkan wanita kelihatan ‘botak’ kerana liang-liang rambut cepat tertutup.  Liang-liang rambut yang tertutup dan terbenam tidak boleh dirawat atau diaktifkan lagi.
 



Faktor  usia
Semakin berusia, peluang untuk pertumbuhan rambut baru semakin rendah.  Ini disebabkan oleh kesemua sel-sel sudah menjadi semakin tua, malah penyerapan nutrien-nutrien yang diperlukan dalam pertumbuhan rambut sihat juga semakin lambat.
 
Disebabkan usia semakin lanjut, ada kalanya kita lupa tubuh badan juga memerlukan lebih banyak nutrisi.  Hal ini kerana, organ-organ di dalam badan juga turut ‘berusia’ seiring dengan pertambahan usia manusia.  Jadi, nutrisi yang masuk di dalam tubuh badan melalui makanan-makanan yang dimakan akan diserap dan diagihkan kepada organ-organ penting di dalam tubuh seperti hati, jantung, buah pinggan dan sebagainya.  Ia berfungsi untuk membantu organ-organ dalaman berfungsi dengan baik.
 
kredit info : pa&ma karangkraf.com

Untuk atasi masalah keguguran rambut pula nanti Nisa cerita kat entri akan datang :) stay tune