Saturday 7 March 2015

Petua Kurangkan Keguguran Rambut dan hilangkan kelemumur

Assalamualaikum semua, salam ceria

Sebelum ni Nisa ada cerita pasal masalah keguguran rambut selepas bersalin kan.
Jadi kali ini Nisa nak kongsikan rawatan untuk masalah keguguran rambut ini.

Ada macam-macam rawatan untuk merawat masalah ini, salah satunya adalah petua-petua dari nenek moyang kita,
tak salah kalau kita nak mencubanya kan. Jom kita cuba amalkannya, mana tau rambut kita boleh kembali lebat cantik dan menawan.


Petua  1
Pertama sekali selalulah menyapukan perahan air limau nipis untuk menghilangkan kelemumur selama 2 minggu. Kelemumur juga boleh menyebabkan keguguran rambut. Kemudiannya anda memerlukan santan untuk menyuburkan rambut.

Petua  2
Santan perlu dilumurkan keseluruhan rambut hingga kekulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Tidak perlu terburu-buru untuk membasuhnya perapkan dengan tuala untuk setengah jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam. 
Petua  3
Bagi anda yang rajin selepas rawatan menyuburkan rambut gunalah daun lidah buaya untuk mendapatkan rambut yang lebih cantik lagi menawan. Caranya ambil lendir daun lidah buaya tu dan sapukan kepada rambut hingga kekulit kepala. InsyaAllah dalam masa 2 bulan rambut anda tidak akan gugur malah semakin cantik dan sihat.

Petua 4
Dengan menggunakan kulit tembikai (bahagian dalam), gosokkannya pada kulit kepala anda.Kemudian biarkan ia meresap ke kulit kepala anda. Tunggu dalam 15 ke 30 minit dan cucilah sampai bersih.
Kalau anda nak biarkannya semalaman pun boleh. Buat sebelum masuk tidur dan keesokannya baru cuci. Gunakan shower cap atau balut dengan kain supaya tak meleleh kat bantal. Amalkan petua ni hanya sekali dalam seminggu.

Petua 5
Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.

Petua 6
Sapukan minyak kelapa dara ke kulit kepala kemudian balutkan dengan kain dan biarkan untuk 30 minit. Selepas itu bilas sehingga bersih. Minyak kelapa dara berfungsi seperti rawatan 'hot oil'. Selain itu, minyak kelapa dapat mengembalikan rambut yang lebat, hitam dan menawan. Kelemumur pun boleh hilang juga.




Rajin-rajin ye amalkan petua di atas, baru lah nampak keberkesanannya :)







No comments: