Wednesday 4 November 2015

Kaitan Resdung Dan Migrain

Sesetengah orang yang menghidap migrain turut mempunyai simptom yang sama seperti resdung misalnya hidung tersumbat atau mata berair.
Satu kajian dijalankan mendapati, 90% orag yang mengadu sakit kepala resdung, turut menghidapi migrain. Kajian ini telah diasaskan oleh Glaxo Smith Kline, syarikat yang menghasilkan ubat migrain. Oleh itu berwaspadalah jika anda kerap merasa sakit kepala ketika resdung menyerang. Ia mungkin petanda migrain.

Migrain memang sukar untuk pulih. Namun dengan mengenal pasti dan mengelakkan pencetus migrain dalam keadaan tertentu, anda boleh mengurangakn penderitaan akibat migrain. Jom amalkan 9 langkah pencegahan ini yang mungkin boleh membantu anda.


9 Langkah  Cegah Migrain


Simpan diari sakit kepala

Ia boleh membantu anda dan doktor memantau keberkesanan rawatan. Pesakit dapat mengkaji rekod tentang perkara yang dilakukan, makanan yang dimakan dan perkara-perkara yang berlaku dalam tempoh 24 jam sebelum bermulanya migrain. Ia juga boleh mengajar tentang pencetus migrain anda.

Kawal pendedahan terhadap ransangan

Cahaya terang atau berkelip-kelip kadang-kadang boleh menyebabkan migrain. Pakai cermin mata hitam pada hari-hari cerah atau musim sejuk walaupun terang. Contohnya ketika terdapat silau dari salji, air dan bangunan yang boleh mencetuskan tindak balas migrain.

Cermin mata hitam perlu mengandungi kanta kualiti yang baik dengan panel sisi. Sesetengah pesakit migrain mendapati bahawa kanta berwarna biru atau hijau boleh membantu. Rehatkan mata secara berkala apabila menonton televisyen atau ketika menggunakan komputer. Laraskan kecerahan dan tahap kontras pada skrin komputer dan televisyen. Kurangkan pantulan dari skrin dengan menapis dan menurunkan tirai atau langsir apabila matahari mulai terik. Ransangan bukan visual seperti aroma yang kuat perlu dielakkan.

Beri perhatian kepada pemilihan makanan

Ambil tahu tentang makanan, bahan tambahan yang boleh menyebabkan sakit kepala atau elakkan daripada makan makanan tersebut. Makanan dan minuman dengan kafein atau alkohol adalah pencetus biasa. Oleh itu, hadkan jumlah pengambilan kafein anda sepanjang hari. Amalkan diet yang seimbang, makan lebih buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan protein yang berkualiti. Makan banyak sayur-sayuran hijau gelap seperti brokoli dan bayam, serta telur, yogurt dan susu rendah lemak. Makanan seperti ini mengandungi vitamin B yang dapat membantu mencegah migrain.

Makanan yang kaya dengan magnesium membantu melegakan saluran darah dan memastikan fungsi sel dengan betul. Ia termasuklah kacang (terutamanya badam), cashews, biji-bijian, germa gandum, kacang soya dan pelbagai sayur-sayuran.

Minyak ikan juga boleh mencegah migrain. Makanlah minyak ikan 3 kali seminggu untuk meningkatkan Omega 3 dan asid lemak dalam tubuh.

Jangan melangkau waktu makan, terutamanya sarapan. Rasa lapar boleh menyebabkan migrain. Makan sedikit dan lebih kerap untuk mengelakan perubahan ketara gula dalam darah. Minum banyak air putih.

Hormon memainkan peranan besar dalam migrain

Ramai wanita cenderung untuk mengalami sakit kepala migrain ketika haid. Pada masa ini, wanita perlu berhati-hati dengan diet dan rutin senaman mereka. Pil perancang juga boleh meningkatkan kekerapan dan kesakitan migrain yang dialami.

Tidur pada waktu yang tetap

Tidur yang terlalu sedikit atau terlalu banyak turut dikaitkan sebagai pencetus migrain. Selain daripada memastikan anda mendapat tidur yang cukup, sebaik-baiknya rancanglah jadual tidur dan bangunlah secara tetap. Gangguan kepada rutin jadual tidur bakal mencetuskan sakit kepala atau migrain.

Ambil ubat-ubatan

Walaupun migrain boleh datang dengan atau tanpa ubat, adalah sangat penting untuk mendapatkan nutrien yang mencukupi. Pengambilan herba dan mineral tertentu dapat membantu mengurangkan migrain. Kekurangan Magnesium telah terbukti menyumbang kepada tercetusnya migrain.

Beri perhatian kepada laporan cuaca

Perubahan cuaca boleh mempengaruhi migrain anda. Kelembapan dan suhu yang panas boleh merangsang sakit kepala. Jadi adalah penting untuk mengetahui keadaan persekitaran. Jika cuaca boleh mencetus migrain anda, anda mungkin perlu berehat dirumah daripada melakukan aktiviti di luar.

Elakkan tekanan

Walaupun kita tidak boleh sentiasa mengawal tekanan, namun kita boleh mengawal bagaimana kita mengatasinya. Migrain adalah hasil biasa kejadiaan tekanan. Teknik relaksasi seperti meditasi, yoga dan biofeedback  boleh membantu mengurangkan tahap tekanan, menenangkan badan dan fikiran.

Senaman dan lain-lain

Ada yang mengatakan bahawa senaman secara tetap, akupuntur, urutan dan rawatan kiropraktik dapat membantu mengawal migrain.


Apa-apa pun, amalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat supaya badan kita sentiasa sihat dan kehidupan kita lebih sempurna.

Shaklee Independent Distributer anda:
Khairunisa Zakaria
whatsapp/telegram 013 225 1756
khairunisa1407@gmail.com




~Jom kekal hidup sihat dan cantik dengan Shaklee~




No comments: