Gerai Belangkas Mahkota di Kota Tinggi, Johor
7 November 2015
Walaupun
lahir dan dibesarkan di Kota Tinggi, tak pernah pun pergi makan kat
kedai ni. Ni pun sebab suami Nisa yang teringin nak makan belangkas.Dah
lama nak pergi kedai makan ni, dan hari ini baru berkesempatan nak makan
kat sini.

Nisa sampai dalam pukul 12.30, tapi belangkas tak siap masak lagi dan kena tunggu lagi 30 minit.
Menu macam menu nasi campur, ada ulam-ulaman, ayam goreng, ikan bakar dan lain-lain. Kebanyakanya seafood la.

Sementara tunggu belangkas masak, kita makan kupang masak merah ni, sedap jugak.
Setelah 20minit tunggu, belangkas dah siap masak. Yeay.. Asam pedas belangkas.

Tak agak-agak, amik untuk 2 orang makan. Nampak tak kaki belangkas tu. Macam seram pulak nak makan. Hahaha
Kami makan dengan nasi putih dan sayur sikit.
Masa kecik-kecik dulu pernah makan belangkas ni, tapi lupa rasanya macam mana. Jadi rasa cuak-cuak gitu masa nak rasa. Haha
Rasa
belangkas ni macam makan ketam sikit, tapi kena lebih berusaha lebih
nak korek-korek isinya. Telur belangkas macam telur ikan, terletak kat
cengkerangnya. Sedap, kenyal-kenyal rasanya.
Hmm..tak de la teruk rasa belangkas ni. Not bad.
Total kami makan semuanya, RM30 termasuk air, nasi , belangkas dan lauk-pauk.
Harga belangkas pula untuk seorang makan cuma RM8. Okay la kan harganya ni.
Jadi pada sesiapa yang datang Kota Tinggi jangan lupa ya cuba makan belangkas di Gerai Belangkas Mahkota.
P/s:
pada sesiapa yang alergic seafood tak digalakkan ye. Suami nisa
gatal-gatal mata, tekak dan hidung selepas makan belangkas. Mata pun
bengkak. Selalu bila makan udang je jadi macam ni.
#jalanjalancarimakan
Khairunisa Zakaria
No comments:
Post a Comment