Tuesday 23 December 2014

Kebaikkan Vitamin E

Assalamualaikum,

Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencengahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia adalah vitamin yang larut dalam lemak yang disimpan di dalam organ tubuh seperti hati, jantung, kelenjar pituitary, testis, uterus, darah dan otot. Namu begitu, 60-70% daripadanya akan disingkirkan dari tubuh kita setiap hari.




Khasiat Vitamin E
  • Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • Mencantikkan dan menampakkan wajah lebih muda dari usia. Pengambilan yang berterusan akan mampu menghilangkan kedut, parut dan jeragat.
  • Melindungi paru-paru dari pencemaran udara.
  • Meningkatkan kuasa sel-T untuk melawan penyakit.
  • Anti oksidan.
  • Mengurangkan risiko Alzheimer( nyanyuk ).
  • Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.
  • Merendahkan kadar kolestrol.
  • Membantu mencegah kanser.
  • Merendahkan risiko katarak.
  • Juga dikenali sebagai “vitamin cinta” kerana boleh membantu dalam perhubungan suami isteri. Malah wanita hamil, menyusukan anak, mengambil sebarang pil hormone dan melalui fasa menopous memerlukan vitamin E.
  • Menggalakan kulit dan rambut menjadi sihat
  • Sangat berguna dalam rawatan “premenstrual syndrome” dan penyakit fibrocystic buah dada.
  • Mengurangkan tekanan darah.
  • Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan dimasa yang sama menguatkan dinding kapilari.
  • Meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki.
Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan Vitamin E dalam masa jangka yang panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok.


Kekurangan Vitamin E boleh menyebabkan :
  • Mudah radang dan odema (pengumpulan air dalam tisu), pada bayi.
  • Penuaan kulit sebelum masa
  • Keguguran rambut
  • Anemia
Vitamin E boleh didapati daripada sumber makanan seperti : minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian, dan semua bijirin. Vitamin E juga boleh didapati daripada beras perang, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ, kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum.



#nisavitashop
SID 960671
khairunisa zakaria
013-2251756

Kembali muda jelita, tips hilangkan jeragat

Assalamualaikum, salam ceria semua (^_^)

Tidak dinafikan, ramai wanita Asia yang berumur antara 25-50 tahun berdepan dengan masalah JERAGAT. Masalah ini juga mengundang ketidak keyakinan dalam diri mereka, jadi mereka tidak gemar berdepan dengan orang ramai kerana jeragat banyak dikawasan muka.
Jeragat terjadi apabila sel melanosit yang terlebih aktif dan mengeluarkan melanin yang berlebihan dan menyebabkan kulit bertompok-tompok hitam.

Antara punca-punca terjadinya jeragat ialah :
  • Terdedah kepada cahaya matahari terik
  • Penggunaan hormon, seperti pengambilan pil perancang
  • Penggunaan kosmetik/rawatan kulit yang tidak bersesuaian
  • Keturunan

Cara paling cepat dan mudah untuk menghilangkan jeragat ialah dengan melakukan rawatan pengelupasan kulit dan laser. Walaubagaimanapun, rawatan tersebut memerlukan kos yang tinggi dan mahal.

Cara alternatif untuk menghilangkan jeragat tanpa belanja yang besar : 

  • Penjagaan kulit wajah
    • Bersih kan wajah sekurang-kurangnya 2 kali sehari, pagi dan malam. Penggunaan toner dapat membuang sel-sel kulit mati dan pelembap bagi mengelakkan kulit muka menjadi kering. Juga digalakkan memakai krim sinaran uv

  • Diet pemakanan harian 
    • Makan makanan yang seimbang, kaya dengan vitamin (anti-oksidan) dan serat. Kurangkan makanan berminyak dan berlemak
  • Pengambilan supplemen
    • Ia membantu melengkapkan diet harian yang selalunya tidak lengkap. Pengambilan supplemen seperti vitamin C dan vitamin E yang kaya dengan anti oksidan membantu mengurangkan jeragat dan menjadikan kulit wajah lebih muda.

Disamping itu juga, anda boleh amalkan petua-petua menghilangkan jeragat :

- Ambil segenggam beras, rendam dalam air anggaran selama sejam. Toskan beras dan tumbuk bersama anggaran 1cm kunyit hidup hingga lumat. Gaulkan bersama perahan sebiji limau nipis dan sebiji putih telur hingga mesra. Sapukan ke seluruhan muka sebagai masker. Biarkan hingga kering. Bilas dengan air suam untuk kekalkan kelembapan kulit


- Ambil sesudu susu tepung dan gaul dengan perahan limau nipis sehingga membentuk paste. Sapukan ke seluruhan muka sebagai masker. Biarkan hingga kering. Bilas dengan air suam untuk kekalkan kelembapan kulit.




Set Rawatan Kulit Berjeragat Shaklee

 
Vita-E Complex
Terkenal sebagai vitamin awet muda dan melambatkan proses penuaan. Vitamin E juga membantu menyeimbangkan hormon dan mengawal kadar pengeluaran minyak dalam liang kulit. Vitamin E juga mampu mengurangkan malah menghilangkan jerawat dan jeragat.

ESP ( Soy Protein Isolate Powder )
Protein boleh membantu menghilangkan jeragat. Jika pengambilan protein seharian kita mencukupi, ianya dapat membantu tubuh kita menghasilkan sel-sel baru dan seterusnya membantu menyahkan jeragat di muka. Pengambilan ESP mampu membantu anda mendapatkan keperluan protein yang mencukupi seterusnya membantu anda mendapatkan kulit yang sihat, cantik dan bebas jeragat.




Selain Vitamin E, anda juga boleh mencuba GLA Complex. Jeragat juga boleh berlaku disebabkan oleh masalah hormon yang tidak stabil. GLA Complex boleh membantu anda menstabilkan hormon. GLA berasal dari minyak borage yang mengandungi Vitamin E semulajadi yang baik untuk rawatan kulit dari bahagian dalam epidermis





Anda juga boleh mencuba Vita-C complex. Vitamin C juga baik untuk kesihatan kulit,ia membentuk kolagen dalam kulit dan menjadikan kulit semakin tegang. Vitamin C juga membantu untuk mencerahkan kulit dan melambatkan proses penuaan, mengurangkan kedutan pada wajah juga menghalang pigmentasi kulit, mengurangkan jeragat.




SID 960671
#nisavitashop
PM/Whatsapp : 013-2251756
Email : khairunisa1407@gmail.com

Monday 22 December 2014

Anak batuk berkahak, cara buang kahak anak dengan kaedah stim dan percussion

Batuk dan selesema adalah dua masalah yang boleh dikatakan berlaku pada setiap bayi. Tidak kira musim sejuk atau panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi kerana kesukaran mereka untuk mengeluarkan kahak dan hingus boleh menjadi punca penyakit seperti bronkitis.

Menurut pakar Fisioterapi dari Pusat Perubatan Pakar Alpha, Siti farah Aini Jamaluddin, terdapat teknik fisioterapi tepukan atau percussion yang terbukti boleh memberikan bayi lebih kelegaan daripada masalah batuk dan selesema yang dihadapi. Teknik ini merupakan cara paling berkesan kepada bayi di bawah usia dua tahun yang memang kerap mengalami bronchospasm ( bengkak dan pengecutan dalam paru-paru ).
 
kesian kan


Jika di rumah, ibu bapa boleh menggunakan kaedah stim dan percussion kepada bayi mereka. Kedua-dua kaedah ini bertujuan mencairkan kahak dan mengeluarkan kahak tersebut. Lakukan gabungan kaedah rawatan ini sekurang-kurangnya dua kali sehari, sebelum kita mengunakan kaedah alternatif dengan mengambil ubatan moden.

Kaedah Stim :
  • Letak air panas di dalam baldi atau mangkuk. boleh tambahkan bahan seperti bawang putih atau minyak habatussauda ke dalam air panas tersebut. 
  • Duduk di atas kerusi bersama bayi anda, baringkan bayi anda secaara meniarap di paha anda. Letak baldi di bawah kerusi tepi sisi anda.
  • Halakan muka bayi pada wap panas tersebut. Bagi bayi yang kurang dari 3 bulan, disarankan menggunakan air suam yang masih berwap supaya kulit bayi tidak meradang terkena wap air panas.
  • Jarak antara baldi dan muka bayi haruslah berpada-pada, asalkan wap tersebut sampai ke muka bayi anda. jangan terlalu dekat sehingga menyebabkan bayi kepanasan dan kulit meradang.

Kaedah Percussion :
  • Balut bayi dengan kain bedung supaya mudah pengawal pergerakkan bayi.
  • Tiarapkan bayi.
  • Bentukkan tangan anda seperti mangkuk.
  • Teput perlahan-lahan belakang bayi di kiri dan kanan badan bayi.
  • Jangan tepuk tulang belakang bayi yang masih lembut secara berterusan.

percussion technique


Gabungan dua kaedah stim dan percusssion akan mengeluarkan kahak melalui hidung dan mulut bayi. Lakukan kaedah ini sehingga bayi anda sembuh. 

selamat mencuba.

#nisavitashop
013-2251756

Kredit Info kepada Majalah Harmoni.

Saturday 20 December 2014

Buang air besar berdarah, tips kurangkan sembelit dan buasir

Assalamualaikum,
Salam ceria semua.

Rasa sakit bila membuang air besar, mengambil masa yang lama kerana sembelit, buang air besar berdarah, jangan biarkan masalah ini berlarutan kerana ia penyebab kepada masalah buasir. Sudah tentu anda merasa ngeri bila hendak ke tandas apabila memikirkan keperitan untuk membuang air besar. Sekarang jangan risau lagi, sebab hari ini nisa nak kongsi tips bagi mengurangkan masalah sembelit yang menjadi punca kepada buasir.


Antara sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah : 
  • Kurang serat dalam diet
  • Kurang minum air
  • Kurang aktiviti fizikal, terutamanya di kalangan warga tua
  • Pengubatan
  • Susu
  • Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar atau Irritable bowel syndrome
  • Perubahan dalam kehidupan yang rutin, seperti mengandung, penuaan dan pengembaraan.
  • Penyalahgunaan julap
  • Selalu menahan untuk membuang air besar
  • Masalah dengan fungsi kolon dan rektum
  • Masalah dengan fungsi usus, sembelit kronik yang secara tiba-tiba tanpa sebab
minum air putih, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari

Tips untuk mengelakkan terjadi sembelit :

  • Makan makanan yang kaya dengan serat seperti sayur-sayuran buah-buahan
  • Minum banyak air, sekurang-kurangnya 2 liter sehari
  • Lakukan senaman secara berkala
  • Jangan menahan untuk membuang air besar
makan makanan yang berserat


Shklee juga ada set untuk pesakit buasir, klik disini untuk tahu lebih lanjut tentang set ini.

#nisavitashop
khairunisa1407@gmail.com




Nak kurus.. Dalam masa yang sama susu badan pun meriah..

Assalamualaikum,
Salam ceria semua (^_^)

Pasti ramai ibu-ibu yang runsing dengan tubuh badan selepas bersalin, pada masa yang sama mahu menyusukan anak. Yelah, bila menyusukan anak ni, selera makan kita semakin bertambah. Mahu diet tapi risau susu badan merudum. Nisa pun faham, sebab Nisa pun alami nya juga. Tapi Nisa dah tak risau sekarang ini dengan adanya Set Slimming Breastfeeding Shaklee yang dijamin selamat dan tidak memudaratkan baby dan mommy. 

 
anak ceria, mommy pun ceria


Set Slimming BreastfeedingSet Slimming Breastfeeding


ESP ( Soy Protein Isolate Powder)
  • Memberi rasa kenyang lebih lama untuk menjaga nafsu makan dan dapat mengelakkan anda dari makanan rimgan yang tidak berkhasiat.
  • Membantu membakar lebih 35% kalori dan dapat menjaga otot bagi menghalang semula berat naik dengan mudah.
  • Mempercepatkan penghasilan susu dan memekatkan susu ibu. Walaupun ibu sedang berdiet, ESP membantu anda membekalkan susu yang cukupuntuk anak tersayang.
  • ESP juga membantu anda mendapatkan kulit yang lebih cantik,menghilangkan parut dan menegangkan payudara.




OMEGA Guard Shaklee
  • Membakar lemak dengan cepat dan meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan ( cepat kenyang dan kurang nafsu makan ), memberi kesan hebat dalam proses pelansingan badan.
  • Mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolesterol LDL.
  • Meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan.
  • Mengandungi DHA, bagus untuk otak.



ALFALFA Complex Shaklee
  • Milk booster, membantu merangsang penghasilan susu dengan lebih pantas.
  • Bertindak sebagai detox yang membantu melawaskan usus dan membantu proses penghadaman dan pencernaan.



ESP ( membina otot ) -> Omega Guard ( membakar lemak ) -> Alfalfa ( detox )

InsyaAllah susu ibu akan meriah, baby pun happy kekenyangan dan ibu boleh kembali slim :)

Nak tanya Nisa, boleh je.. 

Email : khairunisa1407@gmail.com
PM/Whatsapp : 013-2251756
Follow  instagram @nisavitashop
like Facebook page : nisavitashop














Sunday 14 December 2014

Sustained-Release Vita-C Shaklee



Assalamualaikum dan salam ceria.

Dalam banyak-banyak supplement, Vitamin C merupakan supplement yang paling popular dalam kehidupan masyarakat kita.
Ya, memang tidak dinafikan Vitamin C sangat baik untuk tubuh badan kita. Terdapat lambakan jenama supplement Vitamin C dipasaran diluar sana. Tetapi, jenama vitamin C yang manakah menjadi pilihan anda?

Ini Supplement Vitamin C pilihan saya,


Sustained-Release Vita-C Shaklee


Ia dirumus khas agar dapat melepaskan vitamin C ke dalam badan secara berperingkat-peringkat. Hal ini kerana Vitamin C merupakan vitamin yang larut dalam air. Badan kita hanya menerima vitamin C dalam kuantiti yang tertentu dalam satu masa dan selebihnya akan dibuang melalui air kencing (Oleh sebab itu, kita dinasihatkan mengambil air secukupnya apabila mengambil supplement).Jadi Sustained-Release Vita-C Shaklee dicipta supaya kandungan vitamin C dalam badan dapat dibekalkan secara berterusan. 

Selain itu, tahukah anda bahawa kandung vitamin C dalam satu biji Sustained-Release Vita-C Shaklee ini bersamaan dengan 7 biji buah oren berserta dengan kulitnya. Kadang-kadang dalam pemakanan kita seharian pun tidak termakan sebiji buah oren, inikan pula 7 biji buah oren berserta dengan kulitnya.
 
Mengapa kita perlu mengambil vitamin C setiap hari :

  • Tubuh badan kita tidak dapat menghasilkan Vitamin C. Kita hanya mendapat Vitamin C melalui pemakanan seharian.
  • Tubuh kita juga senang kehilangan Vitamin C dalam aktiviti seharian kita.
  • Stress akan membuatkan kandungan Vitamin C dalam tubuh menyusut.
  • Ubat tahan sakit dan pil hormone turut menyubang kepada kadar penyusutan Vitamin C dalam tubuh.
  • Bagi perokok, kandungan Vitamin C sangat terjejas kerana sebatang rokok mampu memusnahkan 50-100mg Vitamin C dalam tubuh.


Antara kebaikan pengambilan Sustained-Release Vita-C Shaklee dalam diet seharian kita secaara konsisten ialah:

  • Membentuk kolagen dalam kulit,menjadikan kulit semakin tegang
  • Mencerahkan kulit
  • Melambatkan proses penuaan, mengurangkan kedutan pada wajah
  • Menghalang pigmentasi kulit, mengurangkan jeragat
  • Meningkat sistem imunisasi badan
  • Membantu mengurangkan masalah resdung dan alergi
  • Mengatasi masalah gusi berdarah
  • Memerangi kanser, kaya dengan anti-oksidan dan mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh.
  • Memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.
  • Mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat,
  • Melindungi daripada pembekuan darah, lebam dan menggalakan penyembuhan luka.
  • Membantu penyerapan zat besi kedalam tubuh.
  • Diperlukan untuk metabolism asid folik dan vitamin lain.


    Nak tanya apa saja pasal Shaklee, boleh la contact Nisa ye. Jangan malu-malu tau..Anda yang rugi nanti
    Email : khairunisa1407@gmail.com 
    Msg/whatsapp : 0132251756

Wednesday 10 December 2014

Petua Menghilangkan jerawat dan Mecantikkan Wajah

Assalamualaikum  dan selamat sejahtera, 



Tiada siapa yang sanggup muka berjerawat, berjeragat dan kusam. Mendapatkan kulit wajah bersih berseri tanpa jerawat dan jeragat adalah menjadi impian setiap insan.
Selain mengambil supplement Vita-C, B Complex dan Vita-E untuk mendapat wajah yang bersih berseri dari dalaman, apakata anda cuba petua-petua ini untuk boost up kecantikkan kulit wajah kita.


Menghilangkan Parut Jerawat
Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Kemudian sapukan pada kulit yang bermasalah dan biarkan sehingga kering. Setelah itu cuci bersih. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.







Kulit Licin Berseri
Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker.Biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan melembapkan kulit wajah.





Melicinkan Wajah
Ambil buah tomato makan atau sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Tunggu sehingga kering. Kemudian cuci bersih dengan air bersih. Muka akan menjadi licin dan halus. selamat mencuba.






 
Hilangkan Parut Dan Jerawat
Ambil kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu atau beli sahaja serbuk kayu manis dan campurkan dengan sedikit air. Kemudian sapukan kayu manis yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat. Insyaallah jerawat dan bintik- bintik hitam akan beransur hilang. kena rajin mengamalkannya



Kulit Cerah dan Licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua. Gosokkan pada muka dan seluruh badan semasa mandi. Amalkan seminggu 2 kali, Insyaallah kulit akan menjadi cerah, licin, halus dan harum.





Selamat mencuba!!

Tuesday 9 December 2014

Hilangkan Kesan Parut "Chicken Pox"

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dua bulan lepas, masa Nisa baru dua minggu berpantang, badan Nisa tumbuh bintik-bintik merah dan berair. Rupa-rupanya Nisa kena "Chicken Pox". Patut lah dua tiga hari sebelum tu rasa seram sejuk, sakit-sakit badan dan demam. Ini kali pertama Nisa kena "chicken pox". Haih..dah tua-tua baru nak kena. Sakit jugak kena demam chicken pox ni gatal-gatal mengenyam, di tambah lagi masa tengah berpantang.

Herbal Blend Multipurpose Cream Shaklee


Pergi klinik, doktor bagi ubat demam, antibiotic dan ubat sapu. Tapi ubat sapu nye kecik sangat, tak cukup untuk Nisa. Bila dah habis ubat sapu tu, terlintas dalam kepala Nisa "kenapa la tak guna Herbal Blend". Bila Nisa sapu Herbal Blend Shaklee pada chicken pox, rasa berangin dan sejuk, dah x rasa gatal. Jadi Nisa teruskan guna Herbal Blend sampai baik, pada masa yang sama Nisa makan Vita C Shaklee, B Complex Shaklee dan Vita E shaklee. Dua minggu semua Chicken pox dah kering. Sekarang pon masih guna lagi, untuk hilangkan kesan parut chicken pox. Alhamdulillah dah semakin pudar kesan chicken pox, malahan kesan strechmark semasa mengandungkan hanim juga semakin pudar dan kulit pon jadi bersih


 
Munirah Hanim masa kena chicken pox, boleh senyum lagi


Masa anak-anak Nisa kena chicken pox pun Nisa guna Herbal Blend sapu kat badan anak-anak Nisa.Untuk Haris, Nisa bagi lagi Chewable Vita-C Plus Shaklee. Hanim kecik lagi, jadi tak boleh bagi Chewable Vita-C Plus Shaklee.Nasib meraka baik, sebab chicken pox tak naik banyak, jadi parut pun kurang..hee..Alhamdulillah semua dah pulih dari "chicken pox". Ramai cakap, biar kena masa kecik nanti tak berparut.

 
Mohammad Haris masa kena chicken pox







Banyak lagi kegunan Herbal Blend Multipurpose Cream Shaklee ni. Klik kat sini kalau nak tau apa lagi kelebihan Herbal Blend yang awesome ni :)


Nak tanya apa saja pasal Shaklee, boleh la contact Nisa ye. Jangan malu-malu tau..Anda yang rugi nanti

Email : khairunisa1407@gmail.com 
Msg/whatsapp : 0132251756


Monday 8 December 2014

Herbal Blend Multipurpose Ceam

Assalamualaikum..

Hari ni Nisa nak cerita pasal Herbal Blend Multipurpose Cream Shaklee yang sangat awesome.
Nisa jatuh cinta dengan Herbal Blend ni sejak kali pertama nisa pakai dan sekarang dah jadi pengguna tegar Herbal Blend Multipurpose Cream Shaklee ni. Lagi-lagi semasa Nisa dan anak-anak terkena chicken pox. Memang Nisa beli Herbal Blend banyak-banyak dan buat stok.


Herbal Blend Multipurpose Cream Shaklee diperbuat bahan-bahan semulajadi seperti sage, horse chestnut, yarrow dan rosemary. Ianya memberi rasa nyaman, bermentol dan tidak melekit. 





Herbal Blend Multipurpose Cream Shaklee


Antara kebaikan Herbal Blend Multipurpose Cream Shaklee :

  • Menghilang ruam, 
  • Merawat luka kecil, 
  • Merawat kulit yang calar, 
  • Demam (sapu keseluruh badan suhu akan turun), 
  • Merawat kesan gigitan nyamuk
  • Merawat masalah Eczema, 
  • Masalah kulit Gatal 
  • Menghilangkan Parut  
  • Melembutkan Kulit Yang Kasar  
  • Merawat pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki.  
  • Baik untuk demam campak. Menghilangkan kesan atau tanda demam campak. 
  • Memecahkan Lemak / Pembuangan angin dengan cara urutan terutama pada
    bahagian Perut 
  • Losyen Kegunaan Harian 
  • Menghilangkan parut, termasuk campak dan chiken pox


Nak merasai semua kebaikan di atas :)
Jom pm nisa cepat 

🍀SID : 960671
📩Email : khairunisa1407@gmail.com
📲Msg/whatsapp : 0132251756