Saturday 10 June 2017

Ramdhan yang mulia

Salam Ramadhan..

Pejam celik pejam celik dah separuh Ramadhan kita tempuhi. Alhamdulillah di beri kesempatan bertemu dan berpuasa di Ramadhan kali ini.

Sejak beberapa hari ni terlalu banyak berita kematian yang nisa dengar. Perginya dua pesakit cancer yang dikenali, adik Syahid bintang syurga dan blogger terkenal SheaRasol.. mereka beruntung, pergi pada bualan yang mulia dan ramai yang mendoakan. Alfatihah.

Tetiba nisa terfikir, andai takdir nisa pergi tinggalkan dunia ni...ada tak yang akan sentiasa doakan nisa.

Dikesempatan di bulan yang mulia Ramdhan Kareem, nisa pohon ampun dan maaf pada semua. Halalkan makan minum nisa. Andai ada terkasar bahasa, buat korang terasa kecik hati. Minta maaf banyak-banyak.

Semoga kita semua berada di bawah RahmatNya.

Saturday 27 May 2017

Ramadhan bertandang lagi

Assalamualaikum...

Lama benar tak kemaskini blog ni. Bersawang dah.

Apa-apu pun Alhamdulillah dapat bertemu Ramadhan untuk pada tahun ini, 1438H.

Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat Nisa dan kawan-kawan semua. Buat sehabis baik sebab kita tak tau kita akan bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang.


Selain menahan diri dari lapar dan dahaga. Kita kena tahan diri dari nafsu. Ya NAFSU. Sebenarnya itu la kita kena lawan, sebab syaitan semua kan dah kena ikat.

Bila membeli belah juadah berbuka, beli yang perlu sahaja supaya kita tak membazir. Bersederhanalah. Itu yang terbaik.

Banyakkan amal ibadat. Terawih hanya ada pada bulan Ramadhan. Kalau boleh cuba jangan tinggal terawih. Tak boleh ke Masjid atau surau, buat saja dirumah. Islam itu tak membebankan.

Niatkan dalam hati nak Khatamkan Al-Quran pada bulan Ramadhan ni. Klau tak mampu, baca 1 mukasurat Al-Quran. Tak boleh juga, bacalah sepotong ayat Al-Quran. Sekerung-kurangnya dapat juga pahala. Insya Allah.

Bersedekah. Jangan sesekali kedekut tau dengan orang lain. Kalau nak tau sebahagian rezeki yang kita dapat tu adalah untuk orang lain. Tak mampu bersedakah , senyumlah. Senyuman itu juga sedekah.

Ok lah, banyak pulak membebel kali ni. Semoga apa yang nisa share ini bermanfaat buat semua.

Selamat berpuasa buat seluruh muslimin dan muslimah di seluruh dunia. Di bawah ni nisa sertakan niat puasa. Jangan lupa niat tau.