Monday 22 December 2014

Anak batuk berkahak, cara buang kahak anak dengan kaedah stim dan percussion

Batuk dan selesema adalah dua masalah yang boleh dikatakan berlaku pada setiap bayi. Tidak kira musim sejuk atau panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi kerana kesukaran mereka untuk mengeluarkan kahak dan hingus boleh menjadi punca penyakit seperti bronkitis.

Menurut pakar Fisioterapi dari Pusat Perubatan Pakar Alpha, Siti farah Aini Jamaluddin, terdapat teknik fisioterapi tepukan atau percussion yang terbukti boleh memberikan bayi lebih kelegaan daripada masalah batuk dan selesema yang dihadapi. Teknik ini merupakan cara paling berkesan kepada bayi di bawah usia dua tahun yang memang kerap mengalami bronchospasm ( bengkak dan pengecutan dalam paru-paru ).
 
kesian kan


Jika di rumah, ibu bapa boleh menggunakan kaedah stim dan percussion kepada bayi mereka. Kedua-dua kaedah ini bertujuan mencairkan kahak dan mengeluarkan kahak tersebut. Lakukan gabungan kaedah rawatan ini sekurang-kurangnya dua kali sehari, sebelum kita mengunakan kaedah alternatif dengan mengambil ubatan moden.

Kaedah Stim :
  • Letak air panas di dalam baldi atau mangkuk. boleh tambahkan bahan seperti bawang putih atau minyak habatussauda ke dalam air panas tersebut. 
  • Duduk di atas kerusi bersama bayi anda, baringkan bayi anda secaara meniarap di paha anda. Letak baldi di bawah kerusi tepi sisi anda.
  • Halakan muka bayi pada wap panas tersebut. Bagi bayi yang kurang dari 3 bulan, disarankan menggunakan air suam yang masih berwap supaya kulit bayi tidak meradang terkena wap air panas.
  • Jarak antara baldi dan muka bayi haruslah berpada-pada, asalkan wap tersebut sampai ke muka bayi anda. jangan terlalu dekat sehingga menyebabkan bayi kepanasan dan kulit meradang.

Kaedah Percussion :
  • Balut bayi dengan kain bedung supaya mudah pengawal pergerakkan bayi.
  • Tiarapkan bayi.
  • Bentukkan tangan anda seperti mangkuk.
  • Teput perlahan-lahan belakang bayi di kiri dan kanan badan bayi.
  • Jangan tepuk tulang belakang bayi yang masih lembut secara berterusan.

percussion technique


Gabungan dua kaedah stim dan percusssion akan mengeluarkan kahak melalui hidung dan mulut bayi. Lakukan kaedah ini sehingga bayi anda sembuh. 

selamat mencuba.

#nisavitashop
013-2251756

Kredit Info kepada Majalah Harmoni.

No comments: