Tuesday 23 December 2014

Kembali muda jelita, tips hilangkan jeragat

Assalamualaikum, salam ceria semua (^_^)

Tidak dinafikan, ramai wanita Asia yang berumur antara 25-50 tahun berdepan dengan masalah JERAGAT. Masalah ini juga mengundang ketidak keyakinan dalam diri mereka, jadi mereka tidak gemar berdepan dengan orang ramai kerana jeragat banyak dikawasan muka.
Jeragat terjadi apabila sel melanosit yang terlebih aktif dan mengeluarkan melanin yang berlebihan dan menyebabkan kulit bertompok-tompok hitam.

Antara punca-punca terjadinya jeragat ialah :
  • Terdedah kepada cahaya matahari terik
  • Penggunaan hormon, seperti pengambilan pil perancang
  • Penggunaan kosmetik/rawatan kulit yang tidak bersesuaian
  • Keturunan

Cara paling cepat dan mudah untuk menghilangkan jeragat ialah dengan melakukan rawatan pengelupasan kulit dan laser. Walaubagaimanapun, rawatan tersebut memerlukan kos yang tinggi dan mahal.

Cara alternatif untuk menghilangkan jeragat tanpa belanja yang besar : 

  • Penjagaan kulit wajah
    • Bersih kan wajah sekurang-kurangnya 2 kali sehari, pagi dan malam. Penggunaan toner dapat membuang sel-sel kulit mati dan pelembap bagi mengelakkan kulit muka menjadi kering. Juga digalakkan memakai krim sinaran uv

  • Diet pemakanan harian 
    • Makan makanan yang seimbang, kaya dengan vitamin (anti-oksidan) dan serat. Kurangkan makanan berminyak dan berlemak
  • Pengambilan supplemen
    • Ia membantu melengkapkan diet harian yang selalunya tidak lengkap. Pengambilan supplemen seperti vitamin C dan vitamin E yang kaya dengan anti oksidan membantu mengurangkan jeragat dan menjadikan kulit wajah lebih muda.

Disamping itu juga, anda boleh amalkan petua-petua menghilangkan jeragat :

- Ambil segenggam beras, rendam dalam air anggaran selama sejam. Toskan beras dan tumbuk bersama anggaran 1cm kunyit hidup hingga lumat. Gaulkan bersama perahan sebiji limau nipis dan sebiji putih telur hingga mesra. Sapukan ke seluruhan muka sebagai masker. Biarkan hingga kering. Bilas dengan air suam untuk kekalkan kelembapan kulit


- Ambil sesudu susu tepung dan gaul dengan perahan limau nipis sehingga membentuk paste. Sapukan ke seluruhan muka sebagai masker. Biarkan hingga kering. Bilas dengan air suam untuk kekalkan kelembapan kulit.




Set Rawatan Kulit Berjeragat Shaklee

 
Vita-E Complex
Terkenal sebagai vitamin awet muda dan melambatkan proses penuaan. Vitamin E juga membantu menyeimbangkan hormon dan mengawal kadar pengeluaran minyak dalam liang kulit. Vitamin E juga mampu mengurangkan malah menghilangkan jerawat dan jeragat.

ESP ( Soy Protein Isolate Powder )
Protein boleh membantu menghilangkan jeragat. Jika pengambilan protein seharian kita mencukupi, ianya dapat membantu tubuh kita menghasilkan sel-sel baru dan seterusnya membantu menyahkan jeragat di muka. Pengambilan ESP mampu membantu anda mendapatkan keperluan protein yang mencukupi seterusnya membantu anda mendapatkan kulit yang sihat, cantik dan bebas jeragat.




Selain Vitamin E, anda juga boleh mencuba GLA Complex. Jeragat juga boleh berlaku disebabkan oleh masalah hormon yang tidak stabil. GLA Complex boleh membantu anda menstabilkan hormon. GLA berasal dari minyak borage yang mengandungi Vitamin E semulajadi yang baik untuk rawatan kulit dari bahagian dalam epidermis





Anda juga boleh mencuba Vita-C complex. Vitamin C juga baik untuk kesihatan kulit,ia membentuk kolagen dalam kulit dan menjadikan kulit semakin tegang. Vitamin C juga membantu untuk mencerahkan kulit dan melambatkan proses penuaan, mengurangkan kedutan pada wajah juga menghalang pigmentasi kulit, mengurangkan jeragat.




SID 960671
#nisavitashop
PM/Whatsapp : 013-2251756
Email : khairunisa1407@gmail.com

No comments: