Tiada siapa yang sanggup muka berjerawat, berjeragat dan kusam. Mendapatkan kulit wajah bersih berseri tanpa jerawat dan jeragat adalah menjadi impian setiap insan.
Selain mengambil supplement Vita-C, B Complex dan Vita-E untuk mendapat wajah yang bersih berseri dari dalaman, apakata anda cuba petua-petua ini untuk boost up kecantikkan kulit wajah kita.

Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Kemudian sapukan pada kulit yang bermasalah dan biarkan sehingga kering. Setelah itu cuci bersih. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.

Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker.Biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan melembapkan kulit wajah.
Melicinkan Wajah


Hilangkan Parut Dan Jerawat
Ambil kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu atau beli sahaja serbuk kayu manis dan campurkan dengan sedikit air. Kemudian sapukan kayu manis yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat. Insyaallah jerawat dan bintik- bintik hitam akan beransur hilang. kena rajin mengamalkannya
Kulit Cerah dan Licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua. Gosokkan pada muka dan seluruh badan semasa mandi. Amalkan seminggu 2 kali, Insyaallah kulit akan menjadi cerah, licin, halus dan harum.
Selamat mencuba!!