Friday 16 January 2015

aktiviti hujung minggu bersama anak-anak, melukis dan mewarna :)

Assalamualaikum, salam ceria semua

Hujung minggu merupakan hari yang Nisa tak sabar nak tunggu. Selepas berhari-hari bekerja, Ini lah masa untuk bersama keluarga. Betul tak?

Macam-macam Nisa nak buat pada hujung minggu. Semua kerja-kerja rumah yang tertangguh dapat diselesaikan. Masa ini lah untuk Nisa laksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan seorang Mak :)

Kali ini Nisa berkesempatan buat aktiviti melukis dan mewarna dengan anak Nisa, Muhammad Haris.

Tak perlu beli buku mewarna. Nisa guna kertas Manila, marker pen dan Crayon. Kalau nak guna pensil warna atau Magic colour terpulang kepada anda. 

Lukis apa sahaja guna marker pen, lepas tu boleh la mula mewarna.

Melukis dan mewarna dapat melatih motor skill anak-anak kita tau.




cantik tak Haris mewarna
P/S : Jangan lupa pantau semasa melukis mewarna, silap hari bulan, tau-tau je dah ada mural kat dinding rumah. hahaha...

KhairunisaZakaria
#nisavitashop
013-2251756

No comments: